Untuk mereka yang tak pernah bermain gitar tapi berhasrat mahu bermain
gitar, ini lah situs terbaik untuk kamu. Kamu mungkin pernah melihat
seorang pemain gitar dan mempunyai keinginan untuk bermain gitar. Untuk
menjadi seorang pemain gitar yang betul-betul mahir, ia mengambil masa
5 sehingga 10 tahun. Tetapi untuk seorang yang tidak pernah memegang
atau bermain gitar, hanya satu hari digunakan untuk kamu mengenal,
berlatih dan bermain beberapa kord yang mudah. Pertama sekali yang kamu
harus buat ialah mengenal alat muzik gitar. Seperti dalam gambar di
bawah.
 |
Nombor untuk setiap jari sebagai panduan meletak jari kamu nanti di atas fretboard gitar.
|
Chord atau kord yang paling ringkas dan mudah diguna pemain gitar ialah kord
C major dan
A minor. Kord
C major biasanya akan ditulis "
C" sahaja manakala kalau sekiranya ia berbunyi minor maka ia akan bertulis "
C m". Kord
C major atau
C selalunya dimainkan dalam lagu mode gembira. Kord minor seperti
A minor dan
E minor selalunya ditulis "
A m" dan "
E m" sahaja dan ia selalu diguna untuk lagu mode sedih. Beza anatara "
minor" atau "
major" ialah "
minor" itu mempunyai mood yang sedih. "
Major"
pula jikalau dibunyikan akan berbunyi irama yang gembira. Major ialah
scale / skel irama utama yang berasal dari budaya kehidupan orang
Eropah.
 |
| Chord C major |
 |
| C major |
E A D B G E ialah tune untuk setiap string gitar.
 |
| A minor |
Chord progression ialah pergerakan dan pertukaran kord dari kord pertama
hingga yang seterusnya, Kalau kamu sudah tahu menekan string gitar
dengan jari kamu untuk kord
C dan
Am, cuba pula mainkan
dua kord itu bersilih ganti, dua kali strum atau dua kali petik
keseluruhan string gitar untuk satu kord. Strum ialah perbuatan
menyentuh keseluruhan tali atau string gitar dengan tangan untuk
membunyikan kesemua string gitar itu menggunakan pick atau jari tangan
kanan sahaja.
 |
| strum pertama C |
 |
| strum kedua Am |
Sekarang cuba pula chord progression ini
C - G - Am - F
 |
| petikan pertama C |
 |
| petikan kedua G |
 |
strumm keempat F
|
 |
| strumm ketiga Am |
Chord progression untuk kord A minor.
Am - F - C - G
 |
| Petikan pertama A minor |
 |
| Petikan kedua F |
 |
| Petikan ketiga C |
 |
| Petikan keempat G |
Dalam chord progression lain yang bermula dari kord
C atau
Am, E minor dan
D minor juga ada diguna.
 |
| kord E minor |
 |
| Kord D minor |
Chord progression untuk kord
C yang ringkas dibawah ini berasal dari muzik klasikal seperti
Canon karangan
Pachelbel dan
Air on G String karangan
J.S.Bach.
C - Em - Am - G - F - Em - Dm - G
atau prog biasa seperti dibawah
C - G - Am - G
Di bawah chord progression untuk chord atau kord
A minor.
Am - F - C - G
atau prog biasa seperti dibawah
Am - Dm - G - C - F - Dm - Em - Am
Chord prog yang ini pula biasa terdapat dalam lagu pop tempatan. Ia juga
berasal dari chord progress muzik klasikal eropah seperti dalam
karangan lagu komposer Mozart, Beethoven dan Nikolai Rimsky Korsakov.
Cuba mainkan dan berlatih kord progression diatas dua kali strum untuk satu kord.
Setelah kamu mahir menukar kord-kord di yang diatas, boleh kamu
berlatih teknik strum yang lain pula. Mudah-mudahan panduan ringkas di
atas serba sedikit dapat mengajar dan membolehkan kamu bermain gitar
dalam masa beberapa hari hingga satu minggu.
Download Ebook Percuma Panduan Menjana Wang Dari Internet
Panduan Belajar Gitar Bahagian 2
Kamu tidak boleh menjadi seorang pemain gitar pro mega super shredder dalam 1 hari. Kerana tidak ada orang yang boleh belajar dan terus pandai bermain seperti tahap pro dalam satu atau dua hari saja. Untuk menjadi menjadi seorang yang betul-betul pandai bermain gitar, kamu mesti belajar dari asas. Seorang pemain gitar perlu kira-kira 5 hingga 10 tahun untuk menjadi seorang pemain gitar profesional yang betul-betul mahir. Perkara yang paling penting yang kamu mesti belajar pertama adalah kord gitar. Bermula dari bahagian pertama diatas kamu telah diajar untuk bermain kord gitar asas seperti C, G dan F major.
Kord yang diajar dalam bahagia pertama ialah jenis kord terbuka atau open kord.
Perkembangan kord atau kord progression yang bermula dengan kunci utama kord C juga boleh dimulai dalam kord yang lain.
- See more at: http://belajargitarcaramudahdanringkas.blogspot.com/#sthash.iO13lurJ.dpuf
Tidak ada komentar:
Posting Komentar